Tuesday, 3 May 2016

Ujian

Ujian itu tidak pernah lari dari kehidupan manusia. Ada kadang ujian itu menyedihkan , ada kadang ujian itu menyiksakan kita , ada kadang ujian itu sendiri menggembirakan kita. Pelbagai ujian diberi kepada pelbagai manusia. Ujian itu tidak sama. Semuanya lain-lain. Ada yang ditimpa pada manusia yang bersahabatan sama tapi tetap berlainan ujian ditimpa pada keduanya itu. Tapi, ujian tu sendiri merapatkan lagi dan menguatkan lagi manusia itu. Jika kita pandang ujian itu, memberatkan,menyusahkan,membuatkan hati resah gelisah tak keruan. Sungguh, kita takkan nampak hikmah disebalik ujian itu. Ujian menjadikan manusia tidak melakukan silap yang sama. Ujian membuatkan manusia sedar Allah sedang menyelamatkan dia dari seseuatu perkara itu. Ujian bukan untuk kita mengeluh, tapi untuk kita tersenyum. Jika kita ditimpa ujian berat manapun, jika kita redha hati kita akan selalu tenang dan senyuman terukir tanpa kita sedar.

No comments:

Post a Comment