Memberi adalah satu perkara yang sukar dilakukan kerana manusia tidak akan berasa cukup dengan sesuatu keadaan , dirinya pasti mahu lebih dan lebih
Emm, cuba cakap manusia mana yang mudah berasa puas ? mungkin ada mungkin tiada sehingga sampai satu tahap kita sukar untuk berkongsi, nafsu mengatakan yang kita masih belum cukup dengan apa yang ada. Inilah kenyataan. Jiwa yang rakus mengumpul harta kerana sering rasa banyak yang belum sempurna.
Ibu abah pernah berpesan :
Hidup ini perlu belajar untuk berbahagi,
Saling memberi dan berkongsi,
Saling mengerti dan memahami.
Apa yang kita ada bukan untuk kita sahaja,
Ada kepunyaan kita ini hak orang lain juga serta
ada insan yang dapat beroleh manfaat daripadanya.
Selalunya manusia sentiasa berfikir sedekah itu hanya daripada wang ringgit sahaja tetapi kita lupa yang ilmu, pertolongan dan senyuman juga sedekah terindah yang lebih bermakna.
Di dunia ini ada beberapa sebab mengapa manusia memberi.
Antaranya adalah:
🌻Memberi kerana kewajipan
🌻Memberi kerana mengharapkan ganjaran
🌻Memberi kerana Allah
🌻Memberi kerana ada lebihan
Kita boleh memilih untuk enggan memberi dan membahagiakan tapi jangan dicari mana ketenangan, jangan ditanya dimana kepuasan. Memberilah kerana sedekah adalah satu amal yang tidak akan putus sampai mati.